Monday 13 May 2013

‘Beli-belah di Kedai Melayu dan India’


Sungai Petani: Lebih 100 anak muda dari seluruh Kedah semalam berhimpun di Dataran Zero, dekat sini, untuk menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Datuk Seri Najib Razak.


Rata-rata mereka yang memakai kemeja-T gelap dan jeans serta bertopeng, membawa pelbagai sepanduk termasuk tertera tulisan ‘Kami Sanggup Mati Demi Malaysia’.
Laung sokong Najib


Malah, kumpulan itu turut melaungkan sokongan terhadap kepemimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang mengetuai pentadbiran negara.

Seorang daripada anggota kumpulan itu yang enggan namanya dikenali mengakui Kerajaan BN sudah sekian lama melakar kejayaan dengan mengekalkan keamanan dan keharmonian sejak 55 tahun lalu, walaupun Malaysia mempunyai pelbagai lapisan kaum dan bangsa.

“Kami akan berikan sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat dan kepemimpinannya kerana kami percaya barisan ini mampu memastikan keharmonian negara yang kita kecapi sejak sekian lama dapat dikekalkan,” katanya.

Difahamkan, sepanjang tempoh 10 minit berhimpun kumpulan terbabit turut menyuarakan kehampaan terhadap isu ‘tsunami Cina’ yang menyebabkan undi daripada kaum tionghua tidak memihak kepada calon BN.

Ini terbukti apabila mereka turut membawa kain rentang tertera tulisan ‘Beli-belah di Kedai Melayu dan India’ selain ‘Terima Kasih Hj Ali Dan Mr Maniam Kerana Mengundi’ untuk menggambarkan kehampaan mereka terhadap isu tsunami Cina. -BH


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP