Monday 13 May 2013

Ketua Pemuda MIC Ternyata Lebih Cerdik Dari Bekas Hakim Dan Prof. Kangkung

Pemuda MIC: Sikap pengundi tiada kaitan dengan sekolah

Pemuda MIC hari ini menegaskan pandangan mereka bahawa sikap yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu tidak mempunyai hubungan dengan perpaduan antara kaum mahupun jenis sekolah yang dihadiri.

Oleh itu, tuntutan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan tidak sepatutnya dibincangkan sama sekali, kata ketua pergerakan itu, T Mohan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan pro-canselor UiTM Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang mengesyorkan agar sekolah vernakular dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Abdul Rahman mengesyorkan demikian dalam satu seminar semalam, dengan merujuk kepada trend yang ditunjukkan oleh pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Mohan bagaiamanapun berkata, trend yang disebut sebagai 'tsunami Cina' oleh pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak itu tiada kaitan sama sekali dengan sekolah vernakular.

“Pada PRU 13 ini, kita dapati bahawa walaupun sebahagian besar pengundi berbangsa Cina adalah mendapat pendidikan dari sekolah aliran Cina, namun begitu mereka telah mengundi dan memenangkan ramai calon dari PAS.

“Pengundi-pengundi Melayu terutamanya di kawasan bandar juga didapati telah mengundi calon bukan Melayu dari PKR dan DAP. Ini jelas menunjukkan bahawa trend pengundian telah melepasi benteng perkauman dan juga kegamaan.

“Walaupun DAP dan juga PAS didapati sering bertelagah berkenaan dengen perlaksanaan hukum hudud, namun begitu ianya tidak memberi kesan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu dari mengundi PAS.

“Maka itu cadangan sesetengah pihak supaya sekolah vernakular hendaklah dihapuskan bagi mengukuhkan perpaduan anatara kaum bukan sahaja tidak tepat malah tidak seharusnya menjadi tajuk perbincangan malah semua pihak termasuk media perdana tidak seharusnya menggunakan isu perkauman dan juga perpaduan sebagai modal politik,” kata Mohan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP