Sunday 19 May 2013

Khalid Ibrahim Angkat Sumpah Dua Minggu Lagi


KLANG, 19 Mei — Ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) akan diumum dalam satu majlis angkat sumpah yang akan diadakan dua minggu lagi, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

Beliau juga menambah, terdapat sedikit perbezaan dalam perlantikan Exco kali ini dimana parti Islam PAS akan mendapat empat slot, manakala PKR dan DAP masing-masing mendapat 3 jawatan.

“PAS dapat empat, PKR dan DAP masing-masing tiga... senarai nama telah diserah kepada Sultan termasuklah beberapa nama-nama lain yang dicadangkan.

“Nama-nama lain tersebut supaya Tuanku mempunyai peluang untuk membuat pilihan,” kata Khalid selepas majlis kesyukuran yang diadakan di Pandamaran Jaya di sini.

Khalid, yang ditanya berulang kali untuk mendedahkan senarai Exco yang dipilihnya, mengelak untuk menjawab sama ada timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berada dalam senarai itu ataupun tidak.

Sebelum ini, Azmin difahamkan mengintai jawatan penting di negeri terkaya itu sehingga tercetus sedikit pertikaian dan drama dan berakhir selepas Abdul Khalid mengangkat sumpah Selasa lalu, lebih seminggu selepas selesai pilihan raya umum 5 Mei.

Jumaat lalu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata dua wakil daripada partinya Datuk Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah akan dilantik sebagai Exco.
Teng pada penggal lalu merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala Ean Yong adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan dan anggota Exco.

Beliau juga berkata DAP akan memutuskan tentang siapa yang akan mengambil kedudukan sebagai Speaker Selangor.

Khalid telah dilantik semula sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua selepas Pakatan Rakyat (PR) memenangi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya 2013 dengan meraih 44 kerusi 56 kerusi DUN.

PAS dan DAP memenangi 15 kerusi setiap satu, manakala PKR pula 14 kerusi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP