Monday 20 May 2013

'Mini mahathirfiruan' sedang muncul di Kedah

Keengganan Menteri Besar Datuk Muhkriz Mahathir memberikan Stadium Suka Menanti menandakan isyarat kemunculan pentadbiran "mini Mahathirfiruan" di negeri Kedah, kata anggota parlimen PKR.

Wakil Rakyat Alor Setar daripada PKR Gooi Hsiao Leung berkata, Kedah menuju hari hitam dan kemerosotan kebebasan demokratik setelah Pakatan membuka stadium itu kepada semua dalam pentadbirannya lima tahun sebelum ini.

"Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan demokratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah lima  tahun sebelum ini.
"Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu 'mini Mahathirfiruan' yang sedang muncul," sindir Gooi (kiri).

Bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas perdana menteri dalam era perhimpunan Reformasi membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada 1998 turut mendapat gelaran hampir sama, iaitu "Mahafiraun" di Internet.

Mukhriz pada Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan membenarkan pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, kerana ia bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi menteri besar di Alor Setar, lapor Bernama.

Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar pada hari yang sama merayu supaya Mukhriz selaku pengerusi Perbadanan Stadium Kedah membenarkan perhimpunan itu setelah ia ditolak pengurusan stadium.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP