Sunday 12 May 2013

Mahfuz Dilantik Pesuruhjaya PAS Yang Baru

KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar(gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa postmortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhki Marzki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di DUN Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP