Saturday 11 May 2013

Mahfuz Terus Bantai Najib

KUALA LUMPUR:Setelah menonjolkan dirinya sebagai 'Bapa Perkauman', dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk harmonikan isu-isu perkauman menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau seorang pembohong.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar malah menyifatkan Najib sebagai "lidah bercabang".

"Saya menyifatkan Najib sebagai "Bapa Perkauman' kerana dialah yang mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk yang nyata mengapi-apikan perkauman," katanya.

Selasa lalu, Utusan menampilkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang disepakati ramai sebagai mengapi-apikan perkauman.

Ironinya, kata Mahfuz, dengan sifat sebagai "Bapa Perkauman"  itulah Najib mendakwa dalam posting di Twitter beliau bahawa tugas beliau seterusnya ialah "mengharmonikan isu-isu perkauman".

"Bohong dan lidah bercabang.

"Adakah Najib fikir rakyat begitu bodoh untuk menerima Presiden Umno mengharmonikan hubungan antara kaum sedangkan beliau bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno, Perkasa, Utusan dan lain-lain pihak yang mengapi-apikan perkauman, malah membela pula laporan-laporan perkauman Utusan?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Malah, kata Mahfuz, rakyat tidak lupa laporan sebelum ini menyebut bahawa kandungan akhbar tersebut ditentukan oleh Biro Politik Umno.

Beliau juga mengecam sikap Umno terhadap kaum Cina.

"Bila mereka undi pembangkang, Umno tuduh kaum Cina rasis.
"Bila undi Barisan Nasional (BN) pula, Umno panggil kaum Cina sebagai pendatang pula.

"Apa yang Umno mahu?" Mahfuz mempersoalkan.

Malah, kata beliau, lagi, Umno juga mengkhianati orang-orang Melayu.

"Umno adalah 'mak cik listen' yang garang kepada semua pihak dan hanya bersifat seperti gadis manja yang meliuk-liuk kepada tauke-tauke sahaja," katanya lagi.

- harakahdaily

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP