Friday 17 May 2013

Mangsa Ditembak Polis Antara 8 Hingga 12 Das Secara Kejam

Bedah siasat dapati suspek rompakan ‘dibunuh polis’, dakwa peguam

PETALING JAYA, 17 Mei — Tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati anggota polis di Taman Billion, Cheras, pada 14 April 2012, dakwa peguam N. Surendran dan Latheefa Koya telah dibunuh oleh pihak polis kerana hasil laporan bedah siasat bertentangan dengan kenyataan polis.

Kedua-dua peguam berkenaan ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini menegaskan, laporan bedah siasat mendapati kedudukan peluru yang mengenai ketiga-tiga suspek tersebut menunjukkan mangsa ditembak ketika mereka berlutut dan bukannya ditembak dari hadapan, seperti dalam kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.


“Polis berkata mereka ditembak mati apabila salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan polis ... tetapi laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri,” dakwanya kepada pemberita.
“Mangsa berkemungkinan sedang berlutut ketika ditembak.”

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak 11 kali.
“Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah,” kata Surendaran, yang juga Naib Presiden PKR.

“Malah laporan bedah siasat turut mendapati berlaku kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan juga menunjukkan berlakunya pergelutan antara mereka.”

Ahli Parlimen Padang Serai itu turut menggesa pasukan polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

“Kami desak penyiasatan kes pembunuhan ini, dan KDN perlu jawab ... anggota polis yang terlibat digantung dan ditahan serta merta, termasuk penyiasatan terhadap pegawai tertinggi polis kerana melindungi kes ini,” katanya lagi.

Turut hadir ketika sidang media hari ini adalah bapa kepada Noor Azman dan Aidi Noor Hafizal, Othman Yusoff, serta ibunya, Sosnijan Sarwarkhan.

Sumber


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP