Sunday, 12 May 2013

Nasha Masih Galak Dengan UG

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Umno dan PAS harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.
Katanya berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS telah memulakan usaha tersebut tetapi tidak kesampaian.

“Bagi saya penyatuan PAS dan Umno mesti menjadi agenda berterusan.

“Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan PAS dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?” katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini hari ini.

Nasharuddin berkata perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu.

“Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain.

“Setelah ranap, jadi ‘ground zero’ baru ada kesedaran untuk perpaduan,” katanya. Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi PAS selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan PAS.

“Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam PAS itu malaikat,” katanya.

Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu. “’Reconciliation’ di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama,” katanya.

Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar.
Program bertajuk “Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah” dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM.

— Bernama
 

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

puting beliung 12 May 2013 at 18:05  

Salam Ustaz, semua orang mahu penyatuan. Kalau saya tidak salah, TGNA telah mencadangkan dari dulu lagi semasa anta menjadi SUA, kita bersaru bukan bawah UMNO, bukan bawah PAS tetapi bawah ISLAM. Ustazlah yang mencanangnya ke segenap pelusuk negara waktu itu dan ana ikut anta menyampaikannya.
Apakah kita mahu bernaung bawah parti dan pemimpin yang korup? Nauzubillah.

mansor 12 May 2013 at 18:50  

Kurang analitikal Nasha ni...padanlah tersingkir dari PAS. pepatah Cina kalau tak silap menyatakan - seseorang itu bijak bila belajar dari pengalaman tetapi bebal kalau sentiasa belajar dari pengalaman. Nik aziz bijak bila belajar dari pengalaman 1979 bila Umno menghancurkan kerajaan campuran di Kelantan kerana tamakkan kuasa dengan cara tidak akan membuat perhubungan yang intim dengan UMNO...Nasha pada waktu itu mungkin tak tahu apa2 tentang politik dan sejarah kerana itu dia ni sentiasa meroyan dan menjerit inginkan perpaduan dengan UMNo ataudia ni nak cari mileage politik yang dia kelihatannya tidak layak...

Sabina45 12 May 2013 at 23:11  

Kalau dia tak bercakap bab bergabung denga UMNO mungkin juga orang-orang PAS boleh berfikir untuk memaafkan dia tapi bila dia bersuara semula hal gabungan ini, nampaknya mamt Nasha ni dah gila sangat dah nak jawatan yang telah UMNO janjikan kepadanya itu, agak aku lah jika dia buat temu janji dengan presiden PAS untuk berbincang secara terus dan telus mungkin presiden boleh pertimbangkan kot, sebabnya DAP telah dicadangkan oleh mantan menteri penerangan untuk menyertai BN bagi menganti MCA dan Gerakan untuk mewakili bangsa cina didalam kebinet Najib, kerana Najib sudah tidak percaya lagi dengan kemampuan MCA dan Gerakan , eloklah jika DAP untuk kaum cina dan PAS untuk orang melayu jadi senang lah UMNO nak perkudakan nanti.Elok simamat Nasha nie ditamatkan namanya dalam parti PAS sebelum lebih parah.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP