Saturday 4 May 2013

Pengundi Perlu Tolak Calon Pas Kota Damansara

Hanya satu perkataan sahaja yang boleh dijadikan alasan: KHIANAT.

Apa pun kritikan mereka terhadap Dr Nasir, fakta menunjukkan Dr Nasir tidak pernah khianat kepada PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Dengan kata lain, Dr Nasir dan PSM adalah kawan kepada Pakatan Rakyat.

Maka, atas semangat setiakawan sahaja pun sudah cukup bagi sesiapa sahaja untuk tidak menikam Dr Nasir dari belakang.

Apa yang dilakukan oleh PAS Subang di Kota Damansara adalah satu bentuk pengkhianatan yang tidak diajar dalam ISlam.


Lebih-lebih lagi sudah pun ada persefahaman di peringkat Pusat berkenaan dengan siapakah yang patut bertanding.

Namun, hakikat sebenarnya menantu Presiden PAS, Ustaz Din Ayam tidak mengendahkan semua itu.

Beliau ingat dengan ijazah Al Azhar beliau itu, beliau boleh lakukan apa sahaja yang beliau suka termasuk mengkhianati persahabatan dengan PSM.

Setelah kedatangan Cikgu Mustafa Ali ke Kota Damansara malam tadi pun puak2 Pemuda Subang serta YDP PAS Subang dengan selamba sahaja melanggar arahan PAS Pusat.

Kalau dimenangkan calon PAS Kota Damansara itu, nescaya selepas ini tiada siapa lagi yang akan percaya dengan PAS. Semua akan menganggap PAS adalah parti penipu dan pembohong.

Hakikatnya, PAS dirosakkan oleh puak2 PAS Terengganu dengan mereka membawa perangai Terengganu mereka ke Selangor.

Ustaz Din Ayam yang mendapatkan watikah dari Presiden itu adalah orang Terengganu.

Calon PAS Kota Damansara, Ridzuan Ismail itu juga orang Terengganu. Maka, perangai hodoh sombong bongkak PAS Terengganu di bawa ke Selangor oleh mereka ini tanpa memikirkan tindakan mereka menyebabkan imej PAS jatuh merudum.

Alasan sosialis yang digunakan oleh puak2 ini juga dangkal kerana Islam tidak pernah mengharamkan Sosialisma.

BArangkali kerana terlalu malu dengan kutukan yang datang dari seluruh Malaysia, puak2 PAS Kota Damansara/Terengganu ini telah menggunakan mimbar Masjid/Surau Al Hikmah hari ini untuk menista dan memaki Dr Nasir serta menyebarkan cerita bohong kononnya Sosialisma itu haram di dalam Islam.

Yang sebuk mengharamkan sosialisma adalah puak2 Wahabbi dan SAlafi kerana budaya sosialisma dibenci oleh keluarga Saud memandangkan ia berpotensi untuk menjatuhkan kerajaan Saudi.

Hakikatnya tiada IJMA akan haramnya fahaman sosialisma.

Hakikatnya, Dr Burhanuddin Al Helmi satu masa dahulu adalah seorang Sosialis dan pernah menjadi Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Tidak cukup dengan itu, semasa di Indonesia Dr Burhanuddin pernah menjadi pengikut Sarekat Islam Merah.

Sosialisma tidak bertentangan dengan Islam. Yang berlawanan dengan Islam adalah SEKULARISMA.

Sosialisma adalah bermaksud harta negara dibahagi lebih kepada rakyat dari kaum pemodal. Itu sahaja. Apa yang berlawanan dengan Islam nya?

Penutup, janganlah tertipu dengan mainan menantu Presiden, calon Kota Damansara Ridzuan Ismail yang tidak disukai oleh dalaman PAS Subang sendiri.

Bayangkan, kalau Ridzuan ni menang habis semua orang dia akan kafirkan kerana perangai beliau yang suka mengkafir. Termasuk yang dikafirkan oleh beliau adalah parti PKR sendiri.

Punya banyak masjid yang bermasaalah dgn Ridzuan ini kerana secara amnya beliau tidak reti menjaga masa. Kalau dijemput program, kena terima hakikat yang beliau tidak akan dapat menepati masa.

Ridzuan dijadikan calon kerana dia adalah budak suruhan Ustaz Din Ayam@menantu Presiden. Dia tidak dipilih oleh PAS kAwasan mahupun Perhubungan Negeri Selangor.

Malah, pada tahun 2008 nama beliau ditolak bertanding di DUN Paya Jaras dan diganti dengan orang luar bernama Khairuddin Othman.

Bagi Tulang Besi, calon PAS kota Damansara tidak mewakili PAS, mewakili dakwah mahupun mewakili Islam. Dia hanyalah alat kepada Din Ayam yang mahu menunjukkan kuasa beliau serta mahu mensabotaj Pakatan Rakyat.

Tindakan Din Ayam, Hj Mesni, Ridzuan serta Pemuda Subang ini telah memberi jasa besar kepada UMNO. Kerusi Kota Damansara sudah pun selamat berada dalam tangan UMNO sekarang ini.

TULANG BESI


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP