Wednesday 15 May 2013

Six Million Dollar Man’ Umno dapat jawatan timbalan menteri

KUALA LUMPUR, 15 Mei — ‘Six Million Dollar Man' Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion walaupun tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan untuk membina kampus Tapah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah dilantik sebagai timbalan menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.

Beliau mengatakan walaupun bukan syarikat pembinaan aktif dan mempunyai prestasi yang baik, syarikat Tajuddin tetap memperoleh RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah daripada kementerian pengajian tinggi.

Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi pada ketika itu,Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450,000 unit dalam Detik Utuh.

Tajuddin juga merupakan pengerusi syarikat berkait kerajaan Felcra.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu menafikan tuduhan Rafizi dan mengugut untuk menyamannya.

Lelaki "pendedah" PKR itu mengatakan beliau tidak takut untuk diheret ke mahkamah di atas pertuduhan tersebut, menegaskan beliau mempunyai dokumen bukti yang kukuh mengenai perkara itu. TMI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP