Tuesday 9 July 2013

Ahmad Maslan Dimalukan Di Terengganu.. Kesian..!

Semalam Ketua Penerangan UMNO, Malaysia, merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah melakukan lawatan dan tinjauan di Pulau Perhentian, Terengganu yang difahamkan sebahagian dari kawasan dalam DUN N01 Kuala Besut yang bakal menyaksikan suatu Pihanraya Kecil yang pertama selepas PRU 13.

Lawatan untuk melihat segala persiapan jentera UMNO/BN di pulau tersebut dalam menghadapi PRK DUN Kuala Besut.


Apa yang menyedihkan sekali ialah beliau langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Kalau diikutkan kepada sejarah PRU 13 yang baru berlangsung didapati penduduk Pulau Perhentian memberikan undi yang agak padu pada UMNO/BN, namun jika diambil kira sambutan yang diberikan penduduk disitu semalam menampakkan sokongan sudah mula merudum dan menguncup serta bakal berpindah.

Risikan dapati para penduduk merasa kecewa dan marah apabila segala janji-janji yang ditaburkan semasa PRU 13 masih tidak ditunaikan oleh UMNO/BN.

Sebab itu tidak menghairankan apabila Ketua Bahagian UMNO Besut merangkap Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh merayu kepada PAS agar memberikan kemenangan percuma walaupun beliau bercakap besar berdegar-degar UMNO mampu menang dengan majoriti melebehi 4,000 undi.

Harapan untuk menjadikan kedudukkan menjadi 16-16 amatlah cerah sekali!!!!!


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP