Friday 5 July 2013

Fitnah - Yusuf Kalla Akan Saman Media Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.


“Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah,” kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

“Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu,” kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

“Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan,” kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

“Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan,” katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP