Friday 12 July 2013

Kehangatan PRK Kuala Besut Mula Terasa

Calon BN dan PAS hari ini bakal menghantar borang pencalonan mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Walaupun cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai serta tiupan angin dari Laut Cina Selatan, ia bakal menambah semangat lagi kedua-dua calon serta penyokong masing-masing berkumpul di dua lokasi berbeza, sekalipun dalam bulan Ramadan.


Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka akan bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti akan bergerak kepimpinan BN berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Mereka akan menyerahkan borang pencalonan di kompleks tersebut. Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.

Polis juga dilapor akan menutup jalan utama bagi mengelak kesesakan antaranya Jalan Kampung Raja-Tembila dari persimpangan lampu isyarat Kampung Raja.

LAPORAN LANGSUNG

8.30 pagi: Kompleks Rakan Muda - calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tiba di tempat berhimpun.

Hujan renyai-renyai dan terdapat hanya kira-kira 500 orang berkumpul di sini 30 minit sebelum penamaan calon.Walaupun banyak kemah disediakan, tetapi ramai kelihatan berdiri di luar dengan memakai payung.

Mereka sedang menunggu kedatangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memimpin berarak ke pusat penamaan calon kira-kira 700 meter dari situ.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP