Tuesday 16 July 2013

Lantik Kroni Bekal Dakwat - Pengerusi SPR Sudah Goyah

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan bahawa beliau atau timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau menafikan sebarang kaitan di antara beliau atau Wan Ahmad dengan syarikat yang didedahkan MP Pandan Rafizi Ramli, atau dengan pengarah syarikat terbabit, seperti didakwa MP berkenaan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.


"Saya menafikan sama sekali bahawa saya dan timbalan ada hubungan rapat dengan nama itu."Segala urusan yang berkaitan dengan pentadbiran perolehan diuruskan oleh urusetia Datuk Kamarudin Baria.

"Beliau akan mendapatkan salinan hansard parlimen untuk semak butiran dan akan bertindak sewajarnya," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini.

MP berkenaan hari ini mendedahkanidentiti syarikat yang didakwa membekalkan dakwat berkenaan, dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

"Maknanya, pemilik syarikat ini pakar perundingan terus kepada kerajaan. Semua dia dapat. Sebab dia rapat dengan pimpinan kerajaan termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

Malaysiakini telah menghubungi syarikat terbabit dan akan menyiarkan nama firma berkenaan, serta nama pengarahnya selepas mendapat reaksi pihak berkenaan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP