Friday 5 July 2013

Lim minta ADUN buktikan dakwaan doktor rasis

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, menuntut ADUN Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin mendedahkan nama doktor yang didakwa bersikap rasis kerana enggan memberi rawatan kepada pesakit Melayu.

Lim berkata, Roslan perlu mendedahkan nama doktor berkenaan untuk membolehkan siasatan dan tindakan dikenakan ke atas doktor terbabit.


Katanya, maklumat terbabit perlu disalurkan kepada anggota exco yang bertanggungjawab ke atas kesihatan, Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) untuk mengelakkan syak wasangka di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau mengulas dakwaan Roslan pada hari Rabu lalu dalam ucapan di DUN, bahawa tiga doktor berketurunan Cina di Seberang Jaya dan Kepala Batal enggan merawat pesakit Melayu.

Lim berkata, Roslan harus menarik balik dakwaan berkenaan dan memohon maaf kepada semua doktor di negara ini sekiranya gagal membuktikan dakwaan terbabit.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP