Thursday, 18 July 2013

Musa Aman Terlibat IC Palsu Sabah

Seorang bekas ahli politik Parti Bersatu Sabah mendakwa Dr Chong Eng Leong mendakwa Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman juga terlibat dalam 'Projek IC'.

Chong yang pernah mengarang buku berhubung Projek IC itu mendakwa, Musa mempengerusikan satu jawatankuasa bertindak pada 1991 yang dirancang untuk mendaftar warga asing sebagai anggota Umno selepas pemberian kewarganegaraan.

“Apabila Umno mula memasuki Sabah, pasukan bertindak ini ditubuhkan dan ketuanya tidak lain selain Musa Aman sendiri,” kata Chong dalam persidangan suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu imigran Sabah hari ini. - mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

mantera 18 July 2013 at 15:35  


Musa memainkan peranan penting dalam penubuhan RCI, dia amat menyokong RCI ditubuhkan.

Musa Aman juga mengambil peranandalam meyakinkan semua pihak dalam UMNO menerima penubuhan RCI yang mana akan memberi kebaikan Sabah. Di bawah kepimpinan dan bimbingan dia sekarang RCI telah ditubuhkan.
dakwaan mengatakan beliau terlibat dalam projek IC tidak boleh kita percayai secara terus.

kita perlu meneliti keseluruhan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat sebarang kesimpulan. kita tidak boleh membuat kesimpulan awal dengan hanya mendengar keterangan saksi yang telah memberi kenyataan dalam RCI.

zam 19 July 2013 at 22:36  

Dr Chong Eng Leong, senantiasa menyimpan perasaan buruk sangka terhadap kepimpinan Umno dan Umno sendiri, selepas parti itu berjaya menumbangkan kerajaan PBS pada tahun 1994.

zam 19 July 2013 at 22:37  

sebaiknya tunggu sehingga semuanya selesai untuk mengetahui pekara sebenar.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP