Tuesday 2 July 2013

Noh Omar Terencat Akal Setelah Hilang Jawatan Menteri..

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjung Karang) malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu undi popular apabila mengatakan kawasan parlimen yang diwakilinya lebih besar berbanding kawasan parlimen yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.


Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin dipetik KeadilanDaily.

Ini membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Noh yang diberi laluan selepas itu membebel dengan pelbagai alasan termasuk mengatakan DAP lebih popular berbanding PKR bertujuan melaga-lagakan Pakatan Rakyat sebelum dijawab Ahli Parlimen Pakatan lain, “kami bertanding dalam satu gabungan”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyindir kelakuan Noh itu bertujuan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita memuji ucapan perbahasan Tanjung Karang walaupun menang PRU, tapi tak dapat jawatan menteri,” sinis Naib Presiden PAS itu menyebabkan Dewan Rakyat gamat seketika apabila ramai ahli dewan minta mencelah untuk soalan tambahan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP