Thursday, 1 August 2013

Din Ayam Benteng Akhir Pertahan Jawatan Hadi Awang

Zaharudin Muhammad mengakui beliau adalah tulang belakang mempertahankan jati diri PAS dalam usaha kelompok kecil parti itu untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan tertinggi parti itu, tetapi menafikan dirinya sebagai seorang menantu presiden parti yang berkuasa.

Menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berkata, beliau terpaksa menjadi entiti sokongan kepada presiden semasa Pilihan Raya 2013 kerana wujud usaha sabotaj daripada kelompok dalaman parti yang mahu prestasi PAS merosot.


Beliau turut menyelar laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang menyebutnya sebagai menantu berkuasa dalam PAS dengan menafikan perumpaan dirinya dan Abdul Hadi seperti hubungan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bapa mertuanya, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya rasa lucu dengan perkaitan yang cuba diketengahkan. Jika perumpamaan itu diguna pakai, siapakah yang memegang watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad dan siapa pula Datuk Seri Najib Razak?

“Adakah ini cubaan menjatuhkan Abdul Hadi oleh 'Mahathir PAS' sebagaimana Mahathir Umno pernah jatuhkan Pak Lah? Jadi, siapa ‘Najib PAS’ yang hendak gantikan Abdul Hadi?" katanya merujuk kepada perdana menteri paling lama berkuasa dan nama timangan kepada Abdullah.

Katanya, beliau akan menampilkan saksi berhubung dakwaan itu jika diperlukan yang membawa maksud bukanlah dirinya menjadi punca tetapi isu sebenar adalah usaha mengambil alih jawatan presiden.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS itu turut menafikan dakwaan menuduh dirinya sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di kawasan Kota Damansara pada PRU13 lalu dengan membangkitkan siapa pula yang harus dipersalahkan atas kekalahan PR di Sungai Acheh, Labuan, Bukit Besi dan tempat lain yang juga berlaku pertindanan kerusi antara PAS dan PKR.

Katanya, kekalahan PR di Kota Damansara bukan disebabkan PAS bertanding malah congakan 7,312 undi yang diperolehi PAS akan pergi kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah kiraan tidak berasas.

“Kenapa pengundi PAS, PKR Melayu dan masyarakat awam berjumlah 7,312 undi tidak memberikan undi kepada PSM dalam keadaan mereka dimaklumkan PAS tarik diri dan billboard calon PAS dipatahkan?

“Ini kerana, sebahagian daripada 7,312 undi itu adalah undi protes terhadap PSM atas sebab yang bagi saya tidak sesuai untuk disebutkan secara awam kerana maklumat seperti ini akan menguntungkan Umno.

“Saya ada data dan fakta yang menunjukkan bahawa 7,312 undi ini belum tentu akan menyokong PSM jika PAS tidak bertanding. Perlu diketahui, pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung yang sama ada tegar PAS atau Umno tetapi pengundi berpendidikan yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti,” katanya yang lebih dikenali sebagai Din Ayam.

Sebelum ini, Zaharudin menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dituduh menjadi puca kekalahan PR di Kota Damansara dengan memetik Khalid selaku ketua perunding kerusi di Selangor gagal mengambil kira pandangan PAS Kawasan sehingga berlaku pergolakan parti.

Dalam laporan sebelum ini, The Malaysian Insider mendedahkan  Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini apabila terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan mempertahankan Din Ayam dengan mengatakan bukan Zaharudin sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi pernah berstatus menantu kepada pemimpin PAS sebelum ini, malah ada berstatus anak kepada pemimpin utama parti Islam itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

pok amid littor 1 August 2013 at 14:57  

Awat hang tak bagitau sapa yang menjadi punca surat watikah dikeluarkan oleh mertua hang? Itu persoalan pokok, bukan soal undi protes atau menyokong. Din, hang tengoklah nanti bila pejuang-pejuang PAS daripada golongan professional diketepikan, PAS akan jadi sepi kembali. Satu lagi, politik ni bukan takat beri kuliah dan ceramah yang mana golongan hang amat. Politik ialah seni mentadbir negeri/negara yang mana mertua hang telah gagal perform tahun 1999_2004 dulu. Terimalah hakikat bahawa tanpa golongan professional, puak-puak OSTAD tak kemana nya dalam mentadbir!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP