Monday 5 August 2013

Fitnah Macai Umno Di Bulan Ramadan


Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menafikan telah mengeluarkan kenyataan wang zakat yang dikutip di negeri itu perlu diagihkan kepada kaum Cina.


Fitnah itu difahamkan telah disebarkan oleh seseorang di internet. Beliau yang juga ahli Parlimen Seputeh menulis di laman mikro Twitternya, perkara tersebut tidak benar dan mendakwa ada orang kurang waras telah menyebarkan fitnah terhadapnya.

“Ada orang gila buat fitnah dalam internet bahawa saya minta duit zakat diberi kepada orang Cina.

 “Ada orang fitnah dalam bulan Ramadan,” tulisnya.

Antara satu salinan “print screen” Facebook yang disebarkan menyatakan Teresa, hasil pilihan orang Melayu telah mengeluarkan kenyataan bahawa duit zakat orang Islam yang dikutip di negeri Selangor seharusnya diagihkan dan diserahkan juga kepada kaum itu yang juga membayar cukai.

Dalam pada itu, Sinar Harian Online juga mendapati beberapa blog turut menyiarkan kenyataan Teresa itu yang berjudul “Cina pun mahu duit Zakat”. -SH

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP