Wednesday 28 August 2013

GEMPAR!! 20 Lelaki Bersenjata Culik Nelayan Di Sabah!!

KOTA KINABALU – Sekumpulan 20 lelaki bersenjata bertindak menculik sekumpulan nelayan dan menuntut untuk dibawa ke kawasan resort percutian di Pulau Mabul, sebaliknya telah dibawa ke sebuah kem tentera di pulau berkenaan, lapor The Star Online.Insiden itu bermula ketika seorang nelayan berada di dalam bot miliknya sebelum didatangi sebuah bot laju dari Pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang semalam.

Kumpulan lelaki bersenjata yang berpakaian serba hitam bersenjatakan senapang patah dan pistol kemudiannya memaksa nelayan itu naik ke bot milik mereka dan mengarahkannya membawa kumpulan berkenaan ke kawasan resort yang terdapat di Pulau Mabul.


Ketika mendekati kawasan pulau, kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya terlihat beberapa kelipan cahaya lampu merah di kawasan pantai pulau di mana, nelayan berkenaan menyatakan bahawa lampu itu adalah lokasi kawasan resort.

Setelah hampir dengan kawasan pantai, kumpulan berkenaan menyedari bahawa ia adalah sebuah kem tentera dan bertindak menukar arah haluan bot yang dipandu menuju ke perairan Filipina.

Ketika bertindak demikian, kumpulan bersenjata itu kemudiannya menahan sebuah lagi bot dan menculik lapan lagi nelayan dari bot berkenaan.

Selepas beberapa jam, salah seorang dari kumpulan berkenaan menyoal sembilan nelayan mengenai bangsa dan agama mereka.

Apabila diberitahu bahawa mereka berketurunan Suluk dan Muslim, kumpulan bersenjata itu kemudianya menghampiri sebuah bot lain dan mengarahkan semua tahanan itu terjun ke laut.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Firdaus Francis Abdullah mengesahkan kejadian itu yang berlaku antara jam 6.30 hingga 9.30 malam semalam.

“Kesemua mangsa adalah nelayan dari sekitar Semporna. Sebaik sahaja mereka dibebaskan dan sampai ke pantai, mereka terus melaporkan kejadian itu kepada kami.

“Kini siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui dari mana kumpulan itu berasal berdasarkan maklumat daripada nelayan yang diculik itu,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP