Thursday 22 August 2013

Kalimah Allah: Ketua biskop gagal batal rayuan k'jaan

Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan rayuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin sebulat suara menolak permohonan ketua biskop untuk membatalkan rayuan tersebut.


Mereka memutuskan bahawa perkara itu tidak akademik dan masih menjadi 'isu langsung'.

"Kami kini menolak permohonan perayu (ketua biskop)," kata beliau.Dua lagi hakim ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof.

Ketua biskop dan Herald Weekly membuat permohonan untuk membatalkan rayuan itu atas alasan penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masyarakat Kristian yang ditandatangani pada tahun 2011.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP