Wednesday 21 August 2013

Kerajaan Lebih Teruk Dari Along

KUALA LUMPUR: “Kerajaan lebih teruk daripada along,” luah Setiausaha Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam. 

Menurut beliau, langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar untuk membayar balik pinjaman adalah lebih teruk daripada along yang mengutip pinjaman.  


Melalui CCRIS kerajaan akan berkerjasama dengan Bank Negara untuk mempengaruhi kelulusan permohonan peminjam PTPTN daripada institusi kewangan.

Mereka yang ingkar untuk membayar balik pinjaman PTPTN akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan yang lain terutamnya apabila membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sebagainya.  

“Maknanya bank akan menilai setiap rekod pembayaran sebelum memberi mereka pinjaman,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Kumaresan, hal ini akan merunsingkan lagi peminjam PTPTN ketika mereka membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan atau bank. 

Katanya lagi, Kerajaan sepatutnya menggunakan kaedah yang lebih mesra untuk mengutip semula pinjaman PTPTN dan bukannya dengan cara kasar dan membebankan seperti itu. 

Buat masa ini, ujarnya ramai dalam kalangan graduan yang baru habis belajar memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 dan mereka juga mempunyai perbelanjaan lain seperti tanggungan keluarga, pembayaran ansuran kereta, sewa rumah dan sebagainya. 

Beliau menambah, dengan kadar inflasi negara yang tidak menentu harga barangan harian juga semakin mahal dan sekiranya kerajaan menekan peminjam PTPTN untuk membayar balik pinjaman tanpa sebarang mekanisma yang mesra, maka ia  juga sama seperti along yang mengutip semula hutang mereka.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP