Thursday 15 August 2013

Malaysia Perlu Tutup Dan Usir Duta Mesir

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di sini dan menghantar pulang dutanya sebagai reaksi segera bantahan negara ekoran kekejaman tentera rejim negara itu terhadap rakyatnya.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan malam ini.


Di sampjng itu, katanya Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir.

Berikut kenyataan penuh beliau.

PAS mengecam keras tindakan ganas dan kejam oleh tentera Mesir ke atas para penyokong Presiden pilihan rakyat Dr Mohamed Morsi. 

Tindakan ganas yang telah mengorbankan lebih 400 syuhada dengan tembakan peluru hidup adalah tindakan bersifat kebinatangan.

PAS mengesa seluruh badan antarabangsa khususnya negara-negara umat Islam tampil membantah keras tindakan tidak berperikemanusiaan ini. 

Malaysia juga digesa mengutuk tindakan ini secepat mungkin.Sehubungan itu, PAS menggesa kerajaan menutup kedutaan Mesir di Malaysia dan menghantar pulang dutanya sebagai satu reaksi segera bantahan negara dengan tragedi ini. 

Malaysia perlu menghantar mesej jelas kepada pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim bahawa mereka wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis hari ini di Mesir.

Tindakan menyerang dari segenap penjuru serta tembakan peluru hidup yang berterusan lebih tujuh jam membuktikan pihak tamarud yang diketuai oleh As Sisi dan Muhammad Ibrahim amat tidak berperikemanusiaan.

Mana-mana negara yang mendiamkan diri daripada mengutuk tindakan kebinatangan ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab terhadap insiden keganasan terlampau di Mesir.

PAS mengesa seluruh markaz, masjid, surau dan madrasah melakukan solat hajat dan qunut nazilah pada malam ini mendoakan agar musibah yang menimpa saudara kita di Mesir dapat dihentikan segera dan pembunuh dan perampas kuasa tentera dihancurkan oleh Allah. Laknat Allah ke atas mereka yang zalim dan kejam ini.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP