Wednesday 14 August 2013

Mukhriz Buat Lawak.. Jom Pakat Gelak

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau tidak akan memberi projek perniagaan di negeri ini kepada anggota keluarganya. 

Kata Mukhriz beliau mahu mengelakkan keadaan yang boleh menimbulkan konflik kepentingan kepada dirinya jika ada anggota keluarganya mendapat projek perniagaan di negeri ini.


"Setakat ini tidak ada seorang pun ahli keluarga saya nak buat apa-apa projek di sini. Saya harap ia akan kekal macam tu. Kalau tak, ia akan buat saya serba salah kerana saya pasti menyinggung perasaan mereka.

"Yang saya utamakan kepentingan rakyat. Kalau terpaksa pilih kepentingan rakyat dan kepentingan keluarga dalam soal perniagaan sudah tentu saya pilih rakyat. Jadi jika nak elakkan menyinggung perasaan mereka lebih baik tidak timbul keadaan seperti itu (anggota keluarga dapat projek)," katanya pada sidang media di Alor Setar sempena 100 hari beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, beliau mungkin akan meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP