Wednesday 7 August 2013

Peniaga Telefon Pula Jadi Mangsa Ditembak


Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya

Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.


"Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Beliau berkata semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan.

- Bernama,

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP