Sunday 11 August 2013

Perebutan Jawatan Dalam Umno Makin Panas

SHAH ALAM – Ketua Wanita Umno bahagian Pendang, Suraya Yaacob antara nama yang bakal merebut jawatan tertinggi Umno yang akan dipertandingkan September ini.

Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.


“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya. Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.

Azalina sebelum ini disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, daripada mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP