Friday 23 August 2013

Tentera Laknat Mesir Bebaskan Hosni Mubarak

Bekas Presiden ditahan di rumah selepas dua tahun dipenjara

Kaherah: Pemimpin Mesir yang digulingkan, Hosni Mubarak, dibebaskan dari penjara semalam dan dihantar ke hospital tentera di sini di bawah perintah tahanan rumah, lapor televisyen rasmi.

Sebuah helikopter membawa peralatan perubatan membawa Mubarak ke hospital tentera di daerah Maadi, selatan Kaherah.

Rakaman televisyen menunjukkan helikopter membawa Mubarak tiba di tapak pendaratan di luar hospital dekat Sungai Nil.


Mubarak segera dibawa masuk ambulans dengan kawalan ketat dan dihantar ke dalam hospital. Bekas Presiden Mesir itu tidak kelihatan kepada kru televisyen sepanjang liputan berkenaan.

Ini berikutan arahan mahkamah supaya beliau dibebaskan kelmarin berikutan lebih dua tahun dalam tahanan.

Perkembangan itu adalah yang terbaru sejak beliau disingkirkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011.
Cetus ketegangan baru

Pada masa sama, ia dianggap berpotensi mencetuskan ketegangan baru di kalangan penduduk yang sudah berpecah-belah.

Ia juga akan menaikkan kemarahan terhadap kerajaan yang disokong tentera dan dakwaan Ikhwanul Muslimin bahawa rampasan kuasa tentera bulan lalu terhadap Presiden Mohammed Morsi adalah langkah ke arah mengembalikan rejim lama.

Kelmarin, Perdana Menteri sementara Mesir, Hazem el-Beblawi, mengarahkan Mubarak dikenakan tahanan dalam rumah sebagai sebahagian langkah darurat yang dilaksanakan bulan ini selepas penyingkiran Morsi.

Keputusan bertujuan meredakan kritikan berhubung pembebasan Mubarak dan memastikan dia hadir di mahkamah minggu depan bagi perbicaraan berasingan.

Mahkamah arah bebas

Pengumuman El-Beblawi dibuat beberapa jam selepas mahkamah mengarahkan Mubarak dibebaskan buat kali pertama selepas ditahan pada April 2011.

Sejak hilang kuasa, penyokong Mubarak membuat beberapa pendedahan bercanggah termasuk beliau yang berusia 85 tahun menderita serangan angin ahmar, serangan jantung dan koma. Pengkritik menyifatkannya cubaan menagih simpati rakyat bagi meringankan hukuman.

Isterinya, Suzanne, yang tinggal di Kaherah kerap melawat Mubarak dan dua anak lelaki mereka di penjara.

Mubarak turut berdepan perbicaraan semula dakwaan bersubahat dalam pembunuhan penunjuk perasaan dalam kebangkitan 2011. - AP

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP