Monday 26 August 2013

Tiada PM sehebat selucu Najib

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar secara sinis melahirkan “rasa kagum” dengan keberanian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung penggunaan slogan “Endless Possibilities”.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ini kerana slogan tersebut adalah meniru slogan yang digunakan kerajaan haram Israel.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri yang begitu luar biasa keberaniannya meniru dan menciplak slogan dan falsafah yang dipelopori oleh entiti haram Zionis Israel.


“Tidak ada mana-mana Perdana Menteri negara kita sebelum ini yang mempunyai keberanian yang begitu unggul seperti Najib untuk memperlihatkan betapa terpaut dan terikatnya hati kepada Israel,” katanya sinis.

Tambah Mahfuz lagi, tidak ada mana-mana pemimpin negara umat Islam yang lain yang seberani Najib meniru dan menghayati slogan dan falsafah Israel.

“Falsafah 1Malaysia dia tiru dari One Israel setelah Dewan Rakyat diberitahu jutaan ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk khidmat firma Israel, Apco Worldwide.
“Sekarang ‘Endless Possibilities’ pula dia tiru.

“Berapa juta ringgit pula wang rakyat beliau habiskan untuk mendapatkan slogan tiru itu, kita tidak tahu,” katanya.

Malay Mail semalam melaporkan, laman web rasmi Kementerian Pelancongan Israel mempunyai pautan (link) kepada “Conference and Incentive Tourism” di bawah tajuk “Our Websites”.

Pautan itu membawa kepada laman web yang memaparkan dengan begitu menonjol tagline “Israel: One Place. Endless Possibilities” di sudut kiri bahagian atas.

Tagline yang sama juga menjadi tajuk kenyataan akhbar Kementerian Pelancongan Israel pada 22 April 2013 di dalam laman web IMEX 2014, iaitu ekspo pelancongan dunia yang akan diadakan di Frankfurt, German tahun hadapan.

- Harakahdaily

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP