Monday 30 September 2013

BRIM Dua Kali Setahun

Ipoh: Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima yang layak sebanyak dua kali setahun, mulai tahun depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kaedah penyaluran BR1M juga kemungkinan dibuat melalui transaksi terus kepada akaun bank penerima.


Katanya, langkah itu bertujuan menggalakkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah.

“Kerajaan sedang melihat kemungkinan melakukan agihan pembayaran BR1M sebanyak dua kali setahun mulai tahun depan dan bukannya sekali gus seperti diamalkan sejak ia diperkenalkan.Perbelanjaan berhemah

“Ia bagi membolehkan penerimanya melakukan perbelanjaan berdasarkan keperluan semasa, sekali gus menggalakkan perbelanjaan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini, semalam.

Husni berkata, kerajaan juga sudah bersetuju untuk menaikkan kadar bayaran BR1M daripada RM500 yang diterima sekarang mulai tahun depan, namun nilainya hanya akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 25 Oktober ini.

“Deraf pertama sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Pertama dan sedang diperkukuhkan lagi, jumlahnya belum dipastikan, tetapi mesti lebih daripada RM500 daripada yang diberikan sekarang,” katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan, sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250.

Sementara itu, Husni berkata, sejajar dengan pelaksanaan dasar rasionalisasi subsidi baru-baru ini, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP