Saturday 14 September 2013

Objek Terbang Depan Mata

 “Saya sedang memandu dan secara tiba-tiba saya ternampak ada objek terbang ke arah kereta saya,” kata peneroka tanah rancangan ini yang kemudiannya menyedari objek terbabit merupakan beberapa buah tilam dan bantal.

Peneroka terbabit, Alias Tahir, 66, berkata, dia dan rakannya Jamri Eroi, 62, yang dalam perjalanan ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka kemudiannya memberhentikan kereta untuk memungut barangan terbabit yang dikatakan jatuh dari sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux berwarna putih.


Alias memberitahu, pemandu Hilux terbabit tidak memberhentikan kenderaannya dan berkemungkinan tidak menyedari bahawa barangannya tercicir.

Nuffnang Malaysia | The World's Leading Blog Advertising ...

“Jenuh kami memanggil pemandu terbabit, namun dia tidak dengar. Kini sudah dua minggu, barangan tersebut masih disimpan oleh Jamri,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Alias lagi, ketika kejadian itu, dalam masa yang sama ada lagi seorang pemandu yang berhenti untuk memungut barang tersebut.

“Pemandu itu bertanya jika barang itu saya punya atau tidak. Saya terpaksa mengaku barang itu saya punya kerana bimbang jika orang itu bersikap tidak jujur,” katanya.

Jamhari berkata, tilam dan bantal tersebut kini disimpan di rumahnya dan berharap pemilik agar menghubunginya di talian 016-9402068 untuk menuntut barang terbabit.

“Walaupun barangan ini nampak macam remeh dan kecil nilainya pada seseorang, namun ia berkemungkinan menjadi barang penting buat pemilik.

“Ia masih baru dan masih belum digunakan. Kemungkinan pemilik baru membelinya untuk kelengkapan rumah atau mungkin mahu menjualnya di mana-mana,” katanya.

Jamri bagaimanapun enggan memberitahu jumlah sebenar bantal dan tilam terbabit kerana bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara tersebut.

“Namun begitu, sekiranya dalam tempoh sebulan ini masih tiada lagi yang datang menuntut, kemungkinan saya akan sedekahkannya kepada masjid atau sekolah Tahfiz,” katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP