Wednesday 25 September 2013

Spaeker Parlimen Tonjolkan Sikap Bodoh, Angkuh Dan Sombong

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat.

Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.


"Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

"Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran."Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa.

Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak speaker.Pandikar bagaimanapun sejurus Surendran meninggalkan sidang berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya kerana tidak menghormati ahli Parlimen yang lebih senior.

"Ini bukan soal baru, ini pernah dibangkitkan ahli Parlimen yang lebih lama."Dalam keadaan seperti ini, suara-suara itu walaupun tidak berdiri saya dengar juga, jangan suatu hari nanti saya halau juga, jangan," katanya memberi amaran. ~the malaysia today

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP