Monday 9 September 2013

Ulama 20 Sen


Bila kita malas belajar, dapat keputusan yang buruk, kita pun kata: "Keputusan buruk ni adalah ketetapan Allah.

"Bila kita kerja tak bagus, hingga dibuang kerja, kita pun kata: "Aku kena buang kerja ni adalah ketetapan Allah.


"Orang yang berkata begini suka menjadikan Allah sebagai perisai kebobrokan mereka. Keburukan sikap mereka disembunyikan demgan menjadikan Allah sebagai alasan melepaskan diri.

Memaksa orang lain menerima kehodohan sikap mereka secara paksa, seakan-akan mengkritik kemalasan dan kerja tak bagus yang mereka lakukan ini seperti sama mengkritik Allah itu sendiri.

Ironinya, apabila dikurniakan kejayaan, tidak pula dikatakan kejayaan itu datang daripada Allah.Begitulah pincangnya bila kita cuba menyatakan "Kenaikan Harga adalah ketetapan Allah.

" Bila rakyat terbeban dek pengurusan pihak pemerintah yang tidak bagus, rakyat disuruh redha dan menerima. Allah dijadikan 'perisai' dalam membuatkan rakyat menutup mulut dari protes dan memberikan kritikan.

Rakyat dipaksa menerima bebanan ini, sedang KM Sarawak gajinya dinaikkan tiga kali ganda, kereta rasmi kerajaan ditukar kepada yang lebih mahal dan menteri-menteri hidup dalam lautan elaun.

Allah akhirnya dijadikan alasan agar rakyat tidak bising dengan kebobrokan pemimpin. Ini menjadi fitnah kepada Allah dan Islam itu sendiri.

Seakan-akan ini agama yang melindungi orang-orang bangsawan dan menindas rakyat bawahan.

Tetapi kala mahu memancing undi, ditabur 1001 kejayaan dan pencapaian kerajaan, seterusnya disuruh bersyukur kepada kerajaan atas segala nikmat dan kemakmuran yang ada.

Seakan-akan kerajaanlah pemberi rezeki selama ini kepada rakyat jelata. Tidak pula dipulangkan segala puja dan puji kepada Allah. Tidak pula dikatakan itu semua ketetapan Allah.

Sungguh Allah itu mengharamkan kezaliman,hatta kepada diriNya sendiri.

Jelek sungguh orang yang menggunakan nama Allah untuk menghalalkan kezaliman yang dilaksanakannya sendiri.



Rujukan :  https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=650768741614240&id=245964752094643



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP