Wednesday 23 October 2013

Empangan Cameron Highlands lepaskan air, dua maut

Pasukan bomba mengesahkan dua orang individu maut selepas satu empangan di Ringlet, Cameron Highlands melepaskan air melalui pintu kawalannya.

Ketua balai bomba dan penyelamat Cameron Highlands Yusri Abdullah Sani berkata, seorang lagi individu masih hilang.


Bercakap kepada Malaysiakini ketika dihubungi, beliau berkata seluruh kekuatan pasukannya seramai 28 orang ditugaskan untuk operasi mencari dan menyelamat.


Tambahnya, pihak Tenaga Nasional Berhad yang menjadi pemilik empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar itu membunyikan siren amaran pada jam 12 tengah malam tadi sebelum air berkenaan dilepaskan 20 minit kemudian.

Gambar yang diperolehi dari kawasan kejadian hari ini antara lainnya menunjukkan kesan limpahan air serta lumpur yang menenggelami kenderaan dan kawasan penduduk.

ADUN Teja yang melawat kawasan tersebut pula berkata seramai tiga orang maut dan seorang lagi hilang di Bertam Valley.

"Jumlah kematian mungkin meningkat. Pihak berkuasa sedang memeriksa punca kejadian," katanya.

Laporan The Star Online pula menyebut, seramai tiga orang didapati masih hilang.
Kejadian itu berlaku selepas hujan berterusan yang menyebabkan kejadian banjir Perak dan Kedah.

Seramai 1,158 orang dilaporkan dipindahkan di daerah Manjung hari ini akibat banjir.

Keadaan banjir di Kedah pula bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 692 orang berbanding 2.176 orang pada hari sebelumnya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP