Sunday 27 October 2013

Fathul Bari Jual Hudud Di Sungai Limau

YAN 27 Okt - PAS dilihat untuk tidak perlu menggunakan isu Hudud sebagai modal kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sunai Limau ekoran parti tersebut sendiri menolak usaha kerajaan negeri memerangi Syiah di negeri Kedah.


Exco Pemuda UMNO Fathul Bari berkata, PAS seharusnya berbicara kepada isu pembangunan setempat dengan menggariskan langkah-langkah proaktif untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk terutama bagi generasi belia.

"Saya amat teruja apabila Menteri Besar Kedah (Datuk Mukhriz Mahathir) memaklumkan bahawa beliau akan memerangi amalan Syiah habis-habisan dan mengharapkan sokongan dari Ahli Dewan Undangan Negeri PAS.

"Namun tiada sokongan," katanya di Dewan Kuala, Sungai Daun, malam tadi.

Menurutnya lagi, isu Hudud yang cuba dibangkitkan PAS pada kempen kali ini juga tidak mencerminkan jati diri Pakatan Rakyat ekoran ianya tidak terdapat kanun perlembagaan yang dipersetujui pembangkang.

Tambahnya lagi, perkara tersebut juga pernah disebut Setiausah Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan sekiranya PR berkuasa.

"Bagaimana Lim Guan Eng bercakap dengan belakangnya terdiri daripada wakil-wakil PAS dan PKR, Lim Guan Eng berani kata, tiada siapa dikalangan PAS mahupun PKR berhak melaksanakan hukum Islam melainkan setelah keizinan DAP.

"Dia (Guan Eng) pula bagi izin," ujarnya.

Jelasnya, PAS perlu memberikan pendirian dalam hal ini ekoran sebarang hal berkaitan agama Islam berada di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja dan bukannya dari DAP.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP