Monday 7 October 2013

Hishamuddin Takut Berbahas Di Telivisyen

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mempertahankan jawatan itu berkata perbahasan seperti itu tidak perlu kerana pemilihan tersebut hanya “melibatkan keluarga Umno”.

Naib presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan agar semua calon yang bertanding untuk merebut jawatan tersebut membahaskan idea melalui siaran televisyen.


Beliau yang mempertahankan jawatan itu berkata, perbahasan seperti itu tidak perlu kerana pemilihan tersebut hanya “melibatkan keluarga Umno”.

"Jadi, kalau kita hendak bincangkan dalam khalayak orang, ini bukan pilihan raya presiden (Amerika Syarikat). Dalam hal sebegini rupa, saya rasa apa yang ada depan kita ini pun sudah cukup.

"Pemilihan ini untuk perwakilan dan bukannya seluruh dunia yang menentukan nasib calon-calon Umno.

“Malah bukan semua ahli UMNO yang menentukannya. Baik buruknya, kadang-kala memakan diri, jadi itu yang hendak kita elakkan. Tak perlu buat siaran langsung kerana kita tahu siapa ahli-ahli kita," katanya seperti dipetik dalam laporan Utusan Online.

Kenyataannya itu timbul selepas seorang calon naib presiden Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menyambut baik cadangan yang ditimbulkan oleh bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam itu.

Katanya beliau sedia menyertai forum berkenaan yang menurutnya boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP