Thursday, 17 October 2013

Kalimah Allah: Harun Din, Harun Taib ugut keluar parti

Di sebalik ketetapan Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas melarang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah, ada beberapa perkara tidak didedah kepada khalayak.

1. Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuktikan beliau adalah seorang pemimpin yang terbuka serta komited untuk melakukan dialog dengan bukan Islam mengenai isu Kalimah Allah, bukan melarang bulan Islam daripada menggunakannya.


2. Atas keterbukaan Hadi, Datuk Dr Harun Din dan Datuk Harun Taib dalam mesyuarat MSU itu didedah mengugut untuk keluar Pas sekiranya Hadi konsisten dengan pendiriannya itu. Akhirnya Hadi mengambil pendirian melarang bukan Islam dari menggunakan Kalimah Allah.

3. Keputusan MSU itu sendiri sebenarnya menyaksikan sebahagian anggota sahaja yang bersetuju bahawa bukan Islam dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah.

Fatwa bukan ijmak, fatwa MSU ini langsung tidak mendekati ijmak yang menjadi sumber hukum syarak.
Berikut adalah fatwa Dr Yusof al-Qardhawi menolak larangan bukan Islam dari menggunakan Kalimah Allah:

"Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

"Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

“Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

"Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim.

“Perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : 'Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan).

“Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

"Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia' bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah.

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!” fatwa Al-Qardhawi pada 22 Jan 2010 di Doha, Qatar.

Pendapat al-Qardhawi membenarkan Orang bulan Islam menggunakan kalimah Allah selaras dengan maksud satu hadith Nabi.

“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah." (hadith Sahih Muslim:211)

-http://faqar.blogspot.com/2013/02/kalimah-allah-harun-din-harun-taib-ugut.html

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

sabina 17 October 2013 at 14:06  

Sesiapa pun yang nama hamba Allah bukan hamba kepada orang yang berkuasa ada punjabi kepercayaan masing-masing dan bagi maknusia yang berjenis agama Islam ada punyai kepercayaan (Beriman) dan beriktiqad dengan agama Islam jadi adakah orang Islam sendiri berusaha kea rah memahamkan orang tidak beriktiqad dan Beriman itu,jika yang semua ah itu pun tidak berhasil usahlah hendak melarang orang bukan beer agama Islam dari mengunakan atau menyebut tulisan dengan per katana Allah.

maie1958 18 October 2013 at 11:11  

aku cadangkan dua2 orang ni masuk umno sebab umno bolih semua ikut angin.....

indecent 24 January 2014 at 18:06  

Dato' Dr Harun Din & Datuk Harun Taib are currently admitted. Regardless whether or not we're coming to realization, we should haste to make an apology to them.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP