Saturday 26 October 2013

KEMARAHAN MAHATHIR: Bencana buat kita

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberi amaran bahawa perbalahan yang lebih besar akan berlaku dalam parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Umno dan ini bukanlan petanda yang baik untuk negara.

Beliau merujuk kepada kegagalan ketua menteri Kedah, Mukhriz Mahathir untuk memenangi salah satu kerusi timbalan naib presiden yang begitu berharga dalam Umno. Mukhriz merupakan anak bongsu bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang tidak langsung merahsiakan hasratnya untuk melihat Mukhriz mengikuti jejak langkahnya


Walau sekuat manapun usaha Mahathir yang berusia 88 tahun itu, tanpa sokongan Najib, dia tidak akan mampu menarik undi yang cukup untuk Mukhriz. Malah berkempen saat-saat akhir yang dilakukan oleh Siti Hasmah juga dilaporkan tidak berupaya membantu anak mereka untuk merebut salah satu daripada jawatan timbalan naib presiden itu, yang akhirnya dikekalkan oleh rakan-rakan rapat Najib - Hishammuddin Hussein, Zahid Hamidi dan Shafie Apdal .

Khalid, yang juga seorang pemimpin senior PAS, meramalkan tidak akan ada banyak perubahan positif kepada Malaysia selepas pemilihan Umno, yang menyaksikan beberapa muka-muka baru menyertai kepimpinan pusat parti.

Menurut Khalid, bukan sahaja pemimpin Umno tertinggi kekal muka yang sama, peningkatan ketegangan dalaman yang melanda Umno ia tidak dapat dielakkan dan ini bakal menghalang kemajuan dan pembangunan dalam program-program di peringkat nasional.

"Saya rasa tidak akan ada banyak perubahan. Mungkin terdapat beberapa muka-muka baru di peringkat cawangan tetapi budaya politik Umno tidak berubah dan pemimpin-pemimpin tertinggi tetap sama. Sharizat, dengan isu-isunya (skandal rasuah), masih menang. Khairy masih lagi ketua Pemuda. Presiden dan naib Presiden bukan orang baru, jadi ia akan tetap sama," Khalid memberitahu Malaysia Chronicle.

"Jelas sekali dia tidak gembira kerana anaknya tidak menang. Itu baik untuk kita, tetapi tidak baik untuk negara. Tetapi, selagi Umno menerajui, tiada apa yang positif boleh diharapkan untuk negara, jadi semua cakap tentang transformasi, (sebenarnya) kita masih lagi di tempat yang sama."

Paling menyakitkan
Mungkin yang paling menyakitkan hati Mahathir ialah jalan 'mudah' Khairy untuk mencapai kemenangan. Khairy, menantu kepada pengganti Mahathir, Abdullah Badawi, dianggap sebagai pesaing utama Mukhriz dalam Umno.

Terdapat kebencian yang mendalam antara puak Mahathir dan puak Badawi, dengan Khairy sebagai orang yang paling dibenci oleh para pengikut di kem Mahathir.

Tidak seperti Mukhriz, Khairy telah memperolehi kemenangan besar untuk dipilih semula sebagai Ketua Pemuda dan semasa Badawi membantu untuk meraih undi, dia tidak melakukannya terang-terangan seperti Mahathir.

Malah, pemilihan Umno Sabtu itu telah menjadi satu episod yang paling menyakitkan bagi Mahathir yang angkuh dan tiada belas kasihan dalam berpolitik. Oleh itu, adalah djangka bahawa Najib akan menawarkan Mukhriz kerusi majlis tertinggi sebagai tanda berdamai.

Walaupun begitu, tidak ramai pemerhati Umno berpendapat ini akan menenangkan Mahathir dan merasakan bahawa dia dan pengikutnya akan melancarkan 'perang gerila' menentang kem Najib.

- Malaysia Chronicle


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP