Saturday 19 October 2013

Khir Nafi Ditangkap Ketika Sogok Perwakilan

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menafikan laporan beliau ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyogok anggota perwakilan Umno di Sungai Besar pagi ini.

"Saya berada di Shah Alam hari ini... Saya bawa anak ke klinik. Saya tidak balik pun ke Sungai Besar hari ini," katanya di Shah Alam.


Dr Mohamad Khir yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu berkata beliau dimaklumkan mengenai laporan itu oleh ibunya, yang menyangka beliau ditahan SPRM.

Beliau turut mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang bertanyakan mengenai laporan itu.

Menurutnya beliau tidak menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Besar kerana tidak lagi bertanding mana-mana jawatan dalam bahagian.

Selain itu, beliau mahu mengelak kekecohan jika hadir kerana difahamkan ada pihak yang tidak menyenangi kehadirannya di sana.

Pertandingan Ketua Bahagian Sungai Besar kali ini menyaksikan pertembungan pengusaha Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan Ketua Umno Cawangan Tali Air 7, Sungai Leman Datuk Jamal Md Yunos dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Mardi Sukir.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Ja'afar Mahad mengesahkan bahawa pihaknya tidak membuat tangkapan ke atas Dr Khir hari ini.

-Bernama


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP