Monday 21 October 2013

Negara jimat RM30 bilion jika pembaziran dibanteras

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) menganggarkan sekurang-kurangnya RM20 bilion (RM20,000,000,000) hingga RM30 bilion (RM30,000,000,000) boleh dijimatkan sekiranya semua pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan Ketua Audit Negara dihentikan.

Justeru tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR mencadangkan tindakan tegas diambil terhadap semua kementerian yang terlibat dengan sebarang salah laku dan pembaziran seperti dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara baru-baru ini.


Anwar berkata demikian ketika mengumumkan cadangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di bangunan Parlimen hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara antara lain mendapati sejumlah RM2.051 billion dibelanjakan dari 2010 ke 2012 dari jumlah RM3.689 billion peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membayar pengawal tidak bersenjata bagi mengawal sekolah dan institusi pengajian.

Walaupun berniat baik, namun ketiadaan sistem pemantauan telah mengajkibatkan pengawal yang berumur dan tidak disahkan latar belakang dan juga CCTV yang tidak berfungsi untuk diguna bagi memastikan keselamatan anak-anak di sekolah.

Pembaziran dianggarkan sebanyak RM1.6 billion.

Selain itu, Kementerian Kerja Raya mengalami kerugian kira-kira RM1.1 billion atau 50 peratus daripada nilai asal akibat kelemahan pemantauan projek dan kegagalan menuntut balik bayaran daripada kontraktor.

Dari tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 83 projek mansuh dianggarkan berjumlah RM2.2 billion.

Manakala Kementerian Pengangkutan pula membelanjakan hampir RM1.42 billion dari jumlah peruntukan RM1.47 billion untuk menambah baik Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Walaupun lebih 96 peratus peruntukan telah diguna, namun projek yang dimulakan pada tahun 1996 ini masih belum siap.

Balai ketibaan dan bilik-bilik air didapati tida memuaskan, dan 559 lubang telah dijumpai di landasan kapal terbang yang belum dibaiki sejak 2010.

Anggaran kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sekitar RM120 juta dan kemungkinan besar projek ini akan menelan belanja yang lebih besar untuk disiapkan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP