Monday 7 October 2013

Nora Danish: Banglo RM7.2j bukan untuk saya

Anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz membeli rumah banglo RM7.2 juta untuk ibunya dan bukan artis terkenal Nora Danish, kata jelitawan yang dikaitkan dengan Nedim.

Ibu tunggal yang terkenal dengan siri televisyen Puteri dan Ana Lulu itu juga berkata, rumah mewah itu sebenarnya bukan dibeli oleh Nedim seorang, lapor Sinar Harian.


"Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengannya dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," Nora Danish (kanan) dipetik sebagai berkata kepada "Zass", ruangan hiburan harian itu.

Sebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",

Nazri bagaimanapun mengulas dakwaan itu dengan gayanya tersendiri dengan berkata: "Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya"

Nora Danish juga berharap penjelasannya menjadi titik noktah dan tiada lagi yang mengaitkannya dengan isu itu.

Mengulas hubungannya dengan Nedim, Nora Danish mengakui Nedim rapat dengan dirinya tetapi menegaskan beliau berkawan dengan lelaki itu bukan kerana harta.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain," Nora Danish dipetik sebagai berkata.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP