Tuesday 22 October 2013

Persoal ibadah korban perbuatan biadab

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menyentuh sensitiviti agama dengan mempertikaikan penyembelihan lembu untuk ibadah korban baru-baru ini.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili empat NGO lain menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.


Beliau yang mewakili Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor, Pertubuhan Gerakan Bersatu 69, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak, hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung IRIMM Kebangsaan Zainol Abidin Ahmad pula menasihati individu berkenaan supaya menghentikan perbuatannya itu kerana dikhuatiri boleh mencetuskan konflik antara kaum.

Sebelum ini, tersebar di laman media sosial rakaman panggilan telefon antara seorang lelaki dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ) selepas sekolah berkenaan menjalankan ibadah korban di sekolah tersebut.

Lelaki yang mendakwa membuat panggilan dari luar negara itu menuduh pihak sekolah tidak menjaga sentimen penganut agama Hindu apabila melaksanakan majlis korban.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP