Friday 18 October 2013

RM1.08 Bilion Duit Rakyat Hangus Lagi

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.


Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.

“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.

“Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan untuk menampung kerugian syarikat swasta?” soalnya.

Menimbulkan persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan prestasi yang ditunjukkan PCMC jauh berbeza dengan hospital-hospital swasta yang lain.

“Mengikut Laporan Kewangan IHH Healthcare 2012, Parkway Pantai yang mempunyai rangkaian hospital swasta di malaysia dan Singapura mencatat perolehan RM4.75 bilion dalam tahun 2012 manakala RM818 juta keuntungan,” dedah Zairil.

Dalam hal ini tegasnya, Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti perniagaan di luar bidang seperti hartanah dan kesihatan dan sepatutnya memberi tumpuan kepada industri petroleum dan gas sepertimana yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat petroleum yang lain.

“Apa yang berlaku ini mewujudkan satu keperluan mendesak agar hal ehwal kewangan Petronas diawasi memandangkan ia merupakan syarikat pengeluar minyak negara,” jelas Zairil.

– Roketkini.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP