Saturday 19 October 2013

Rosmah serah RM1.13 juta bantu kanak-kanak 1 dunia..



PUTRAJAYA 18 Okt. - Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.13 juta kepada kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai musibah di beberapa buah negara.

Penaungnya, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, melalui sumbangan itu sedikit sebanyak mampu meringankan kesengsaraan dan penderitaan yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

"Melalui tabung ini setidak-tidaknya kita mampu membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak seluruh dunia," katanya ketika berucap dalam majlis sumbangan daripada Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia di Kompleks Seri Perdana di sini.

Yang hadir sama Pesuruhjaya India ke Malaysia, Vijay Gokhale; Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura; Duta Besar Kemboja ke Malaysia, Jose Eduardo E. Malaya III dan Charge d'Affairs Kedutaan Besar Mexico ke Malaysia, Lourdes Sosa Marquez.

Isteri Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut diperoleh hasil konsert Permata Seni bertemakan Mensyukuri Nikmat Kedamaian yang telah dipentaskan di Istana Budaya pada 26 Februari lalu iaitu sebanyak RM20.9 juta.

Kata beliau, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan sedikit sebanyak bantuan yang diperlukan itu setelah melihat tragedi-tragedi malang yang menimpa di beberapa buah negara.

"Saya selaku penaung tabung ini, begitu berbesar hati akan mengagihkan sejumlah bantuan serta sumbangan untuk tabung kebajikan kanak-kanak di negara tersebut, sumbangan akan disalurkan melalui Mercy Malaysia, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan pihak kedutaan masing-masing," katanya.

Sumbangan sebanyak RM103,000 kepada Mercy Malaysia akan digunakan untuk membiayai pelaksanaan projek Rekahan Bibir Lelangit di Bangladesh manakala RM250,000 kepada PGPF bagi projek-projek kemanusiaan di Somalia.

Projek di Somalia tersebut melibatkan penaiktarafan Al-Basiir School for The Blind and Deaf-Blind di Mogadishu.

Rosmah berkata, kanak-kanak tersebut berhak mendapat peluang pendidikan serta tidak dinafikan haknya untuk belajar kerana pihaknya percaya hanya dengan pendidikan mereka mampu membina masa depan yang lebih cerah.

"Saya juga dimaklumkan bahawa sejumlah wang tersebut akan digunakan untuk membeli peralatan pembelajaran, perabot, sekolah dan juga menaiktaraf asrama bagi membolehkan mereka belajar dalam suasana yang lebih baik,'' katanya.


- utuseks

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP