Saturday 12 October 2013

Wanita Muda Ditembak Berhampiran Balai Polis

Seorang wanita Melayu umur lebih kurang 21 tahun pada jam lebih kurang 6.45 petang 11hb Oktober 2013 ketika sedang memandu kereta jenis Proton Persona nombor pendaftaran WWB 5519 dari rumahnya Kg Karang menuju ke Kubang Kerian.

Apabila sampai di lampu isyarat binjai berhampiran dengan Balai Polis Binjai, Kota Bharu beliau telah memberhentikan keretanya memandangkan lampu israta merah. Tiba tiba beliau telah ditembak sebanyak 2 das tembakan dan mengenai di bahagian lengan kanan dan tapak tangan kanan.


Mangsa terus di kejarkan ke wad kecemasan di Hospital Universiti Sain Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Suspek yang melepaskan tembakan di percayai 2 orang lelaki bangsa Melayu memakai topi keledar gelap menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC warna merah nombor pendaftaran tidak pasti.

Motif kejadian masih lagi di siasat.

Polis kini sedang giat melancarkan gerakan untuk memburu kedua-dua suspek.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP