Saturday 23 November 2013

'Barah' dalaman punca kejatuhan PAS Kedah

Perwakilan PAS Kedah mahu jawatankuasa post mortem PAS bagi pilihan raya umum ke-13 mendedahkan punca kekalahan PAS khususnya di negeri itu supaya ia tidak diulangi pada masa akan datang.

"Biarlah didedah jawatankuasa postmortem dibuat dengan kadar segera," katanya membahaskan ucapan dasar presiden.


Mengakui perit dan dukacita dengan kejatuhan kerajaan negeri yang ditadbir parti itu pada pilihan raya lalu, Nasir Zakaria bagaimanapun mengakui masalah "faktor dalaman" menyumbang kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Padang Terap, bagaimanapun tidak menjelaskan secara spesifik "masalah dalaman" umpama "barah" yang berlaku di negeri itu.

"Masalah yang dihadapi oleh anak, tidak mampu diselesaikan atau ditanggung oleh anak, maka ia dileraikan oleh mak bapa. Ayah kena ambil tindakan dengan pantas, adil dengan masalah yang berlaku.

"Kita tidak mahu masalah umpama barah (merebak). Mungkin (selepas ini) menyerang parlimen, negeri (lain) yang kita kuasai," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan jawatankuasa pemandu yang dibentuk diaktifkan segara sekaligus memantau dan memberi nasihat profesional kepada negeri yang ditadbir oleh PAS.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Majlis Syura Ulama telah menubuhkan unit audit untuk memeriksa termasuk pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya nak bertanya sudah wujud unit itu, siapa yang mengetuainya, di mana pejabatnya," katanya.

Jawatankuasa postmortem diketuai naib presiden PAS Salahudin Ayub.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP