Saturday 23 November 2013

Harun Taib Menjadi Punca Pas Hilang Kedah Dan Terengganu..

Sepanjang 30 tahun kebelakangan ini, satu2nya masa Ustaz Harun Taib tiada dalam Dewan Harian PAS Pusat adalah dalam penggal 2007-2009.

Di waktu itu, Ustaz Harun Taib telah meletak jawatan dari Ketua Dewan Ulama dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat.

Malangnya, dalam pertanding itu Ustaz Harun Taib kalah agak teruk dengan penyandang, yakni Ustaz Nasaruddin Mat Isa.


Jadi, sepanjang 2007 hingga 2009 Malaysia tidak melihat dan mendengar suara Harun Taib sama sekali kerana beliau sudah tiada jawatan lagi.

Dalam penggal itu PAS menang besar di Parlimen, jadi MB di Perak dan menang Kedah. PAS berjaya membuat perubahan2 yang besar dalam kaedah mencapai sokongan dari rakyat Malaysia terutamanya dari kaum bukan Islam.

Namun, selepas itu Harun Taib kembali menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Nampak sangat Ustaz Harun Taib ni gila jawatan.

Kebetulan pula kembalinya HArun Taib dalam Dewan Harian bersama dengan naikknya kumpulan ulama dalam PAS Pusat.

Sesudah itu, apa yang terjadi? PAS hilang Kedah dan PAS hilang Perak. Kerusi Parlimen berkurangan.

Dewan Harian PAS Pusat bertugas membincangkan agenda utama dalam AJK PAS Pusat. Biasanya kalau ada apa2 bangkangan dalam Dewan Harian, apa sahaja agenda baru tidak dapat dipanjangkan kepada PAS Pusat.

Keberadaan Harun Taib dalam Dewan Harian jelas menampakkan kesan2 negatif ini. Ia bukan satu kebetulan.

Patutlah UMNO sayang sangat pada ulama PAS .

TULANG BESI


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP