Friday 22 November 2013

Karpal Hadir Di Muktamar Pas

SHAH ALAM - Kehadiran Pengerusi DAP, Karpal Singh ke Muktamar Pas, hari ini masih menjadi teka-teki.

Banyak pihak menyifatkan kehadiran Karpal ke muktamar parti sekutunya itu bakal menjadi titik penyelesaian kemelut yang melanda.


Meskipun begitu, calon AJK Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tidak mendesak Karpal hadir ke muktamar itu.

"Esok (hari ini)...itu terserah pada pimpinan DAP nak hantar siapa.

"Saya harap pimpinan utama DAP hadir, tak semestinya Karpal," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, semalam.

Enggan mengeruhkan hubungan dalam Pakatan, Nik Abduh berharap rakan sekutunya, DAP tetap menganggap kenyataan Karpal itu bersifat peribadi.

"... cuma saya harap supaya DAP kekal menganggap kenyataan Karpal itu sebagai peribadi.

"Sebab menjaga hubungan dalam pakatan itu lebih penting dalam politik Malaysia, hari ini," katanya.

Sementara Ketua Pemuda Pas yang baru dipilih semalam, Suhaizan Kaiat pula berpendapat, kehadiran Karpal bakal meredakan sedikit suasana yang masih hangat.

"Kalau dia datang lagi bagus boleh sedikit meredakan suasana," katanya.

Mencadangkan pertemuan kedua-dua pihak (Karpal-Pas), Suhaizan melihat politik damai lebih berkesan berbanding berbalas kenyataan melalui media.

"Saya lebih selesa, kedua-dua pihak bertemu dan selesaikan masalah. Itu namanya politik damai.

"Sekarang dua-dua pihak tembak menembak dari jauh. Mungkin ada 'miss communication'. Kalau tak diselesaikan akan merebak.

"Tentu ada titik pertemuan," katanya.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP