Saturday 23 November 2013

Kaum India Pula Tuduh Shahidan Berbohong

Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pencapaian masyarakat India berdasarkan jumlah doktor dan peguam yang ramai daripada masyarakat itu ditolak oleh NGO India.

Mereka berkata, dakwaan Shahidan bahawa masyarakat India meliputi 30 peratus daripada pekerjaan di Malaysia sebenarnya "bohong" semata-masa.


Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar (kiri) memberitahu Malaysiakini, sebenarnya bilangan masyarakat India dalam kedua-dua bidang itu merosot dari masa ke semasa.

Katanya, pada tahun 2000, doktor daripada kaum India berjumlah 29 peratus, kemudian merosot kepada 26 peratus (2005) dan kini dianggarkan hanya 18 peratus.

Jumlah peguam India pula menurutnya merosot daripada 26 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus pada 2005 dan kini dipercayai 16 peratus sahaja.

"Tindakan anggota Parlimen yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan angka untuk mengambil hati tuan-tuan mereka dan mengelirukan awam bahawa prestasi msyarakat India memberangsangkan, melukakan hati masyarakat India," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP