Tuesday 12 November 2013

Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar

Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.


"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya. -hm

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP