Sunday 10 November 2013

Nik Amar Diingat Supaya 'Jangan Syok Sendiri'

Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat lebih selamat apabila dua tokoh yang sebelum ini hangat diperkatakan sebagai calon yang akan menggalas cabaran bertanding jawatan timbalan presiden membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Ini bererti, Mohamad Sabu bakal berdepan satu lawan satu dengan Nik Amar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.Baca di sini


Saya bersetuju benar dengan pandangan MSO di sini, bahawa “Orang akan mempersoalkan kenapa calon yang mendapat pencalonan lebih banyak dari beliau menarik diri tetapi tidak beliau…”

MSO dalam entrinya itu mendedahkan mengenai kedua-dua tokoh yang mendapat undi terbanyak untuk merebut jawatan Timbalan Presiden telah menolak pencalonan masing-masing.

Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat melebihi 100 pencalonan menolak untuk mencabar Mohamad Sabu.

"Pada saya, jawatan (timbalan presiden) itu adalah sangat besar dan di luar kemampuan saya untuk memikulnya buat masa kini, tambahan pula terdapat beberapa nama lain yang layak untuk memikul amanah ini.Sila rujuk di sini

Husam Musa pula yang mendapat pencalonan kedua terbanyak juga berbuat tindakan demikian.Penolakan Husam itu atas alasan beliau mementingkan perpaduan parti.

Mohamed Sabu dilihat boleh merentasi hubungan antara kaum dan parti dalam Pakatan Rakyat.Beliau merupakan aktivis parti yang cukup berpengalaman dan rajin keluar masuk penjara!

Beliau boleh menjadi jambatan yang baik untuk mengukuhkan tahalluf siyasi bersama-sama DAP dan PKR.Apakah Nik Amar juga mampu berbuat demikian?

Pencalonan untuk Mohd Amar adalah lebih rendah dari Mohamad Sabu dan Husam.Ramai yang mahukan Nik Amar supaya menarik diri dan menumpukan perhatiannya kepada negeri Kelantan.

Dipetik dari - a-husseyn

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP